Saturday, March 21, 2009


Comely...

Pembuka warkah. Salam sejahtera buat semua... Sekali lagi diriku di datangi oleh seseorang. Hatiku bertemu dengan seseorang. Dia tidak seayu sepertimana wanita yang aku kenali dahulu. Aku mengenalinya melalui dunia maya yang serba maju. Hatiku terpaut kerana kecomelanya. Mugkin pipinya barangkali. Dari itu aku cuba mengenalinya, aku cuba mendekatinya, dan aku cuba menawan hatinya. Walaupun dia lebih berumur dariku namun aku cuba abaikan fakta itu. Berpendidikan di UTEM Melaka bandar raya bersejarah dan berkepakaran dalam bidang ‘software development’. Kini dia menetap bersama keluarga bersama bundanya yang tercinta yang kini menjadi tenaga pengajar di sekolah rendah serta bersama kedua teruna yang memanggilnya kakak. Syurganya berdekatan dengan tempatku menuntut sekarang iaitu di ibu negeri Kedah..

Namun..

Hakikat manusia, kita tidak lari dari dugaan-Nya. Aku berdepan lagi dengan dugaan. Dugaannya ialah kini dia telah bebas terikat dari sesiapa yang bernama kekasih. Namun dia masih berhubung dengan mantan kekasihnya pada setiap malam dan pada awal pagi. Persoalannya.. Perlukah aku mendekatinya?? Wajarkah aku menawan hatinya?? Berbekalkan teman yang sejati iaitu cermin, aku maluahkan rasa hatiku kepadanya. Perlukah aku mendekatinya?? Aku bukan perampas walaupun dia bukan milik sesiapa berdasarkan spekulasiku dia masih mencintai mantan kekasihnya walaupun si dia lebih muda dariku. Perlukah aku memisahkan mereka?? Bagiku jawapan kepada semua persoalan itu ialah tidak, tidak wajar untuk aku menawan hatinya dan tidak wajar untuk aku memisahkan mereka. Namun aku masih belum berpeluang untuk berbicara dengannya dan aku belum berbual senda dengannya.

Entahlah..

Tunggulah, aku perlukan masa. Aku perlukan banyak pendekatan untuk mendalami dan menyelam segala mengenai dirinya. Sekiranya di izinkan ilahi dan tiba waktunya akanku luahkan segala rasa hatiku padanya. Munkin perbuatan aku terlalu berani bagi sesetengah umat namun paradigmaku mengatakan biarlah aku luahkan segalanya setidak-tidaknya aku tidak makan hati dan mugkin disebabkan luahan itu aku dapat menawan hatinya. Siapa tahu??? Selain itu. Aku hendah dia tahu yang aku mengejarnya. Namun sekiranya luahan aku ditolak, aku sedia berundur diri, aku sedia angkat kaki, dan aku sedia mendoakan mereka semoga bahagia dan percintaan mereka berkekalan hingga hujung nyawa. Pada masa itu.

Biarlah namanya tercatat di kamus hidupku dan aku sentiasa berpegang pada pepatah yang aku gubah.

‘ Apa yang kita hendak, tidak semestinya kita boleh dapat ‘

Sukanya...

Aku baru sahaja mendengar suaranya. Mulanya dia terkejut mengetahui, terdapat suatu panggilan yang tidak di ketahui muncul di talian bimbitnya. Sebenarnya itu aku, hatiku tertarik untuk menghubunginya. Pada mulanya aku mendapat maklum balas yang menghampakan kerana aku merasakan yang dia seperti tidak selesa dengan kehadiranku. Aku memutuskan talian supaya dia dapat menyesuaikan dirinya. Hatiku hampa. Mugkinkah sampai di sini sahaja perhubunganku dengannya?? Aku terus memnyambung mentelaahku. Maklumlah sebagai mahasiswa aku berdepan dengan ujian. Namun di mindaku ada dia. Aku cuba berhubung dengannya dengan mengunakan sistem pesanan ringkas (SMS) di setiap pesananku, aku cuba bersenda dengannya. Namun dia seperti menberi tindak balas yang positif. Lalu aku bernekad untuk menghubunginya lagi. Syukur ke hadrat ilahi kerana menghubunginya buat kali kedua aku di layan dengan sempurna. Walaupun hanya aku sahaja yang berkata-kata namun aku menggunakan pelbagai pendekatan supaya dia menunjukkan rasa yang selesa dengan kehadiranku.

Seronoknya..

Di dalam talian aku cuba mencuri segala maklumat tentang dirinya. Namun dengan kecerdikkan yang di kurniakan oleh-Nya aku dapat menyimpan maklumat yang berguna buatku. Pengakuannya, dia seorang yang cepat hilang sabar dan mudah marah sekiranya ada yang menyakitkan hatinya. Terpaksalah aku mengawal segala pertuturanku supaya aku dapat bersama dengannya. Sedikit sebanyak aku dapat mengetahui latar belakang tentang keluarganya. Namun aku turut bersimpati kerana dia sudah kehilangan seorang lelaki yang bergelar bapa. Tidak mengapalah, mungkin kehadiranku dapat membuat dia gembira. Aku cuba melembutkan hatinya dengan kata-kata dan akhirnya aku dapat merasakan yang dia seorang gadis yang manja dan agak sukar untuk mendengar dia ketawa. Tidak mengapalah mungkin ini suatu permulaan yang baik.

Pesaingku..

Selain dirinya aku juga dapat mencuri maklumat mengenai pesaingku. Jauh lebih muda dengannya mahupun aku namun dia si dia sudah mempunyai pendapatan tapi kurangnya si dia tidak berpendidikan seperti aku. Entahlah.. Bagiku. Mungkin agak mudah untuk aku menawan hatinya tapi tidak semudah yang di jangka. Aku masih tidak mengetahui betapa dalam cinta mereka dan aku tidak mengetahui apakah puncanya hubungan mereka terlerai. Mungkin ini adalah misi ku untuk mengetahui hal yang sebenar. Aku bermulah dengan basmalah munkin suatu hari nanti aku dapat mengetahui juga. Aku berpesan dengan cermin semoga aku dapat mengetahui semuanya. Insya-Allah

Tunggulah...

Sunday, March 15, 2009

MAAFKAN AKU….

MAAFKAN AKU….

Maafkan aku.. Aku menolak segala penjelasanmu.. Aku tak membaca satu pun perutusanmu... Bagi ku... Aku nekad untuk bebas dari mu... Maafkan aku... Omongan mu sangat tajam bagi ku... Yelah seorang yang berkepakaran dalam undang-undang mesti pandai berkata-kata... Jika tidak mesti kalah dalam perhitungan manusia.. Entah la... Kamu boleh mengubah putaran bumi ini dari barat ke timur tapi kamu tak boleh mengubah pendirian dari ilahi... Seruanyer, hidayahnya dan keesaanya tak boleh ditandingi oleh mana-mana ciptaanya...

MAAFKAN AKU....

Mungkin pertuturanku membuat kamu murka... Membuat kamu membenciku... Tolonglah... Jangan lah kamu membenciku.. Atau membuat sesuatu yang boleh menyakitiku... Niatku suci untuk membawa mu ke jalan yang benar... Aku menyusun seluruh sel dah roh ku.... Ampunkan lah segala silap ku... Keterlanjuran tuturku yang lancang... Aku takkan campur lagi urusan mu... itu janji ku.... Demi Allah.....

Terpulanglah....

Sekiranya kamu masih memerlukan segala yang kamu amalkan, teruskan la.... Aku berharap semoga kamu bahagia... Dan aku panjatkan doa kepada ilahi semoga kamu dihadiahkan hidayah dan nur oleh-Nya..

Selamat tinggal kasihku... Selamt tinggal impianku... Selamat tinggal ’Really....???’ Selamat tinggal segala-galanya... Bertemu kita di mahsyar... Disana kita dah tak boleh menipu lagi... Dah tak boleh bohong lagi... Dah tak boleh memutar alam ini..

Salam sejahtera......

I_T_N....